Pages

Boredom

Seronok gila bila bos cuti.


Jenuh nak pura-pura buat kerja padahal dalam hati menggigal nak curi tulang.
Tapi bos pon tak bodoh, hari dia kerja dia bagi aku 10 tasks.
Hari dia cuti dia bagi aku ganda 5.

Puas la hati?

Bukan setakat Facebook, Instagram. Nak pergi toilet pon kena set timer.
Lepastu dah petang-petang macam ni, bila semua hal dah settle baru la aku mula mengorak langkah.

Sebenarnya,

aku in need of another vacation, walhal aku baru balik Sabah awal bulan ritu.
Just because vacation aku dah musnah, which aku malas la nak cerita. Tak sempat pun nak cerita.

Sebab kejap lagi ni ada la kena hadap tasks baru.



Seeya.

Jatuh Bangun




Dah jatuh.










Sakit kan?










Bangun la balik.


Shit I Like.

Remember John Lennon? Ha nidia anak dia dengan Yoko Ono.

Bapak legend tak semestinya youtube video viewers billion2 macam justin bibiaq.
Takpa, yang penting karya seni ni sungguh halus dan menyentuh hati aku.

Sungguhpun sepatah haram aku tak paham.

Enjoisssssss


2014

Gila aku dah delete semua posts kot. Tak nak lah kalau bakal suami google nama aku keluar post lama yang bukan-bukan yang terkinjakan budak hingusan dulu tu. Heh

Dalam 3 tahun lebih aku tinggal dekat kota metropolitan yang penuh pancaroba ni, banyak benda yang dah berubah pasal diri aku.

Luaran, dan dalaman.

Yang pertama, mestilah bentuk badan. Kalau dulu macam rafeah buang, sekarang aku more to buang karan. Kira kalau jantan terpandang sekali dah tak nak toleh sekali lagi dah. Kahkah.

Yang kedua, aku dah rajin bangun pagi. Rajin tu tak la, terpaksa. Gila kau nak ke opis pagi-pagi pon dah amik masa sejam setengah. Kalau masuk pukul 9 pun tak payah nak mimpi lah nak bangun tidur 8 setengah.

Oh dan aku dah tukar kerja pun. Dulu kan aku kerja medical company, sekarang pon lebih kurang sama. Yang banyak beza sebab kerja lebih tenang dan aman, tak kelam kabut lari-lari dalam opis macam dulu. Tak kena marah dengan bapak sebab pukul 10 malam masih dekat opis. Dan gaji pon alhamdulillah menjangkau belasan ribu ringgit. Kahkah.

Sebenarnya bukan susah pon nak move on. Aku dah buat pun dan kalau tanya apakah benda-benda yang telah aku tinggalkan di belakang, sumpah memang tak ingat. Yang ingat tu mungkin sisa-sisa sangat.

Apa pun perubahan dalam hidup aku, aku harap aku dah sedia nak berubah jadi lebih bertanggungjawab. Bukan sebab nak kahwin, tapi sebab mak ayah aku dah makin hari makin tua. Takkan la dulu depa tepuk-tepuk bontot aku pakaikan lampin dah besar dah kahwin anak raja nak biarkan depa macam gitu ja?

Haih.

Dah nak pukul 10.
Bila umur dah meningkat ni boleh pulak tertunggu-tunggu sharnaaz ahmad dekat astro.

Ok. Bye.
 

Template by BloggerCandy.com